Nie semua gambar2 time buat birthday party dia. Mula-mula cadang nak buat birthday dia ngan papa dia sekali..tapi dah hubby lak taknak. Lagipun time tue time raya..so alang2 buat la open house sekali.. Invitation card last minutes baru bagi..
Nasib baik mak ayah abg datang hari jumaat tue, kire banyak la diorang membantu aku. Menu utama order Nasi Tomato..bihun sup kak linda tolong masakkan. Bihun goreng mak abang masak. Mak aku masak rendang ngan nasi impit jerr...
Kul 2.00 seperti yang dirancang..acara potong kek. Aku siapkan la anak dara aku tue as a princess.. ;-) Comel gitu.. tetamu time tue blum ramai, yg ade semua adik beradik aku. So, kire sepupu2 qaseh semua ade laa... Diorang la yang memeriahkan suasana menyanyi lagu hepi birthday.. Time tue hujan lebat jugak kat luar, tapi tak kisah laa..nak tunggu org lain takut lambat sangat..
Lepas hujan berenti..ramai betoi orang datang. Sronok jugak sebab kumpul ramai2. Tercapai gak hasrat nak menjamu orang makan kat umah sendiri.. :-D So, kepada semua yang hadir memeriahkan majlis tue..mekasih banyak2 yerr.. Kalau ade rezeki lebih nanti..next year insya-allah ade open house lagi ...